The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Jeon Seung-min Memperkuatkan Barisan Tengah Selangor FC

Feb 03, 2026 - FAS

Selangor FC dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Jeon Seung-min, pemain tengah dari Korea Selatan, telah rasmi menyertai keluarga Gergasi Merah sebelum jendela perpindahan kedua tutup tempoh hari bagi memperkuatkan kempen pasukan untuk musim 2025/26.

Pemain tengah, Jeon Seung-min memulakan kerjaya profesionalnya bersama Seongnam FC, dengan 3 penampilan liga sebelum menyertai Jeonnam Dragons, di mana beliau tampil dalam 43 perlawanan dan menjaringkan 3 gol, menunjukkan beliau seorang pemain yang kreatif dan konsisten di bahagian tengah bersama mereka.

Beliau kemudian beraksi untuk Busan IPark dengan 13 penampilan dan kemudian ke FC Anyang, di mana beliau turut membantu pasukan meraih mengangkat kejuaraan liga Korea 2 pada musim 2023/2024. Secara keseluruhan, Jeon telah mencatat 74 penampilan dan 3 gol.

Jeon memilih untuk menyertai Selangor FC selepas beliau teruja dengan kualiti barisan kejurulatihan dan skuad pemain dalam pasukan, “Barisan staf dan pemain di Selangor FC membuatkan saya merasakan ini adalah kelab yang tepat untuk saya. Jurulatih Kim juga memainkan peranan penting dalam keputusan saya, beliau merupakan seorang jurulatih yang hebat di Korea, dan saya amat berterima kasih atas peluang yang diberikan untuk menyertai pasukan ini."

Beliau juga mahu berikan yang terbaik untuk pengalaman pertamanya beraksi di luar negara, “Ini merupakan pengalaman pertama saya beraksi di luar negara, dan saya mahu memberikan yang terbaik buat penyokong serta membalas sokongan mereka di atas padang.”

Selangor FC mengalu-alukan kehadiran Jeon Seung-min dan percaya ketibaannya akan menambah kekuatan pilihan di bahagian tengah pasukan bagi baki saingan Liga Super Malaysia dan ACC Shopee Cup™? 2025/26. Selamat datang, Jeon! #isRed

Ikuti Selangor FC di semua platform media sosial rasmi untuk perkembangan terkini persiapan pasukan menjelang musim 2025/26.

Demi Kebanggaan!